Friday, September 30, 2011

Syeikh Nasiruddin Al-Albani Rahimahullah




Syeikh Nasiruddin Al-Albani


Syeikh Nasiruddin Al-Albani lahir tahun 1914 M bersamaan dengan tahun 1333 H, di ibu kota Albania saat itu, Asyqodar. Keluarga beliau boleh dikira termasuk kalangan kurang berada, namun amat kuat dalam menuntut ilmu agama. Bapa beliau bernama Al-Haj Nuh, lulusan lembaga pendidikan ilmu-ilmu syariah di ibukota negara dinasti Uthmaniyah (kini Istanbul) dan menjadi rujukan orang ramai dalam masalah agama. Keluarga beliau kemudian berhijrah ke Damascus, ibu kota Syria, dan menetap di sana setelah Ahmad Zaghu raja Albania pada masa itu menyimpangkan negaranya menjadi kebarat-baratan.

Pendidikan Agama

Beliau hanya bersekolah di madrasah ibtidaiyah dengan baik. Kemudian beliau meneruskan ke Madarasah An-Nizhamiyah yang sangat terkenal di dalam dunia Islam. Namun setelah itu ayahnya punya pendapat tersendiri tentang madrasah An-Nizamiyah sehingga beliau keluar dan belajar dengan sistem tersendiri pelajarannya, seperti Al-Quran, Tajwid, Nahu, Soraf serta Fiqh Mazhab Hanafi. Beliau khatam Al-Quran di tangan ayahnya sendiri dengan bacaan riwayat Hafsh dari Ashim. Beliau belajar kitab fiqh Mazhab Hanafi, selain itu juga mempelajari lughah dan balaghah.

Beliau pernah bekerja sebagai tukang jam, sebuah kedai yang diwariskannya dari ayahnya sendiri. Bahkan beliau sampai menjadi termasyhur di bidang service jam di Damascus. Bapa beliau telah mengarahkan beliau untuk mendalami agama khususnya mazhab Hanafi serta memperingatkan beliau untuk tidak terlalu menekuni ilmu hadith. Namun beliau tetap belajar ilmu hadith dan ilmu-ilmu lainnya. Sehingga paling tidak beliau menghabiskan 20 tahun dari hidupnya dalam mempelajari ilmu hadith, karena pengaruh dari bacaan beliau pada majalah Al-Manar yang diterbitkan oleh Sheikh Rasyid Ridha rahimahullah.

Mendalami Ilmu Hadith di Perpustakaan

Beliau amat meminati ilmu hadith dan suka mengkaji kitab-kitab hadith. Sampai pihak pengelola perpustakaan Adz-Dzhahiriyah di Damascus memberikan sebuah ruangan khusus di perpustakaan untuk beliau. Bahkan kemudian beliau diberi kepercayaan untuk membawa kunci perpustakaan. Dengan demikian, beliau menjadi bebas dan terbiasa datang awal sebelum yang lainnya datang. Begitu pula pulangnya ketika orang lain pulang pada waktu Zohor, beliau justeru pulang setelah solat Isya’. Hal ini dijalaninya sampai bertahun-tahun.

Begitulah, hadith menjadi kesibukan rutinnya, sehingga beliau menutup kedai jamnya. Beliau lebih suka duduk dalam perpustakaan Azh-Zhahiriyah, sehingga mencapai 12 jam setiap hari. Beliau tidak pernah kenal istilah ‘istirahat’ dalam mendalami kitab-kitab hadith, kecuali jika waktu solat tiba.

Syeikh Albani pernah mengajar hadith dan ilmu-ilmu hadith di Universiti Islam Madinah selama tiga tahun, sejak tahun 1381-1383 H. Setelah itu beliau pindah ke Jordan. Pada tahun 1388 H, Department Pendidikan meminta kepada Syeikh al-Albani untuk menjadi ketua jurusan Dirasah Islamiyah pada Fakulti Pasca Sarjana di sebuah Perguruan Tinggi di kerajaan Jordan. Tetapi situasi dan keadaan saat itu tidak memungkinkan beliau memenuhi permintaan itu. Pada tahun 1395 H hingga 1398 H beliau kembali ke Madinah untuk bertugas sebagai anggota Majlis Tinggi Jam'iyah Islamiyah di sana. Mendapat penghargaan tertinggi dari kerajaan Saudi Arabia berupa King Faisal Fundation tanggal 14 Zulkaedah 1419 H.

Kefawatan Beliau dan Warisannya

Beliau wafat pada hari Jumaat malam Sabtu tanggal 21 Jamadil Thani 1420 H atau bertepatan dengan tanggal 1 Oktober 1999 di Jordan. Karya-karya beliau amat banyak yang menjadi warisan kepada dunia Islam, sebahagian sudah dicetak, namun ada yang masih berupa manuskrip, bahkan ada yang hilang, semua berjumlah 218 judul. Antara lain:
  1. Adabuz-Zifaf fi As-Sunnah al-Muthahharah
  2. Al-Ajwibah an-Nafi'ah 'ala as'ilah masjid al-Jami'ah
  3. Silisilah al-Ahadits ash-Shahihah
  4. Silisilah al-Ahadits adh-Dha'ifah wal maudhu'ah
  5. At-Tawasul wa anwa'uhu
  6. Ahkam Al-Jana'iz wabida'uha


    No comments:

    Post a Comment